Menu nasi ayam penyet sememangnya tidak asing lagi pada citarasa atau selera penduduk khususnya di warga kota. Menu ala kampung ini memang menambat hati peminatnya apatalagi jika di sajikan dengan lada ala tomato pasti terasa hendak lagi.
Cara menyediakan menu nasi ayam penyet tidaklah sesusah yang di duga. Ramuanya adalah nasi putih, berlauk ayam yang telah di penyet dengan menggunakan objek keras seperti pisau atau lesung. Dalam pada masa yang sama, bagi menambah aromanya ia di tambahkan dengan sayuran seperti terung goreng dan timun serta tempe.
Selain daripada itu, bagi menghangatkan lagi agar peminatnya bertambah teruja, menu ini di pakejnya dengan kuah sup ala rasa kunyit, fuuhh memang menyelerakan. Oleh kerana rasanya yang penas, ia juga di hidangkan sekali dengan chiness tea, sebagai pembuang panas dalam badan, rasanya memang padu dan pasti teringin membuat tambahan kalai yang kedua.
nasi ayam penyet pakej chines tea |
Kepuasan pasti akan terasa, apabila nikmat makan tengahari di restoran berkenaan dengan hidangan seumpama, bersama sanak keluarga dan rakan - rakan. Selain daripada kenyang, dalam masa sama dapat juga menutuhkan ikatan silaturrahim bersama.
0 Comments