Nikmat Ikan Bilis Terhadap Kesihatan

Nikmat Ikan Bilis Terhadap Kesihatan

Pernahkah anda makan menu ikan bilis, sudah tentu pernah bukan. Siapa yang tidak tahu dan tidak pernah melihat ikan bilis, rata - ratanya semuanya pernah.

Perusahaan ikan bilis banyak dilakukan oleh rakyat tempatan di negara ini, kerana permintaanya yang mendapat sambutan baik di pasaran. Selain daripada golongan muda mudi, golongan tua iaitu matang juga mengemari makanan ini. Seperti yang sedia maklum juga, selain daripada rasanya yang sedap, ia juga memberi perisa atau aroma kepada masakan.

Di samping itu, hari ini ikan bilis banyak digunakan dalam masakan, seperti nasi lemak, sambal bilis, bilis goreng, dan macam, macam lagi. Ikan bilis amat mudah diperolehi di pasar - pasar borong, supermarket, kedai - kedai runcit dan juga di tamu - tamu.

Mengusahakan perusahaan ikan bilis, tidaklah susah seperti yang disangkakan, dengan suntikan modal yang sederhana seseorang sudah boleh memulakan perniagaan ini. Ia juga boleh di dagangkan secara bersemuka atau secara atas talian. 

Lazimnya, pernahkah terfikir di minda, untuk mengetahui apakah kandungan - kandungan yang tersimpan pada setiap makanan yang dimakan seharian. Sebenarnya dengan sifat mengetahui adalah amat baik, kerana ia akan meningkatkan penjagaan kesihatan anggota dalaman badan kita. 

contoh ikan bilis segar

Mari kita ketahui bersama tentang nikmat ikan bilis terhadap kesihatan. Walaupun ikan bilis sedikit keras atau rangup ketika di makan, namun disebalik rasanya ia mengandungi banyak khasiat dan antara yang utama daripada yang lainnya adalah seperti berikut; 

  • Selenium
Ikan bilis kaya dengan Selenium yang mana ia digunakan untuk penyakit - penyakit jantung dan saluran darah, termasuk strok dan pengerasan arteri atau aterosklerosis, dan juga untuk membantu mencegah kanser prostat, perut, paru - paru dan kulit, laporan dari MedlinePlus. 

  • Vitamin A. 
Satu hidangan ikan bilis mengandungi vitamin A yang mana memainkan peranan penting dalam penglihatan, pertumbuhan tulang, pembiakan dan pembahagian sel, di samping membantu untuk mengawal selia sistem imun.

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian