Nikmat Roti Canai Kepada Pengemarnya

Nikmat Roti Canai Kepada Pengemarnya

Menu sarapan pagi yang ringkas pastinya lama di tunggu - tunggu oleh pengemar si roti canai, sarapan ini nampak mudah disajikan dan menyelerakan untuk di makan. 

Sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan, pasti ramai di antaranya yang tertunggu - tunggu tempoh tamat pkp kerana untuk santai - santai di warung atau restoran mamak dengan pekena roti canai dan minuman panas. Situasi ini, adakalanya, sanggup duduk berjam - jam semata - mata untuk bersembang dan menonton televisyen khususnya tayangan gusti atau bola sepak. Dalam pada itu, suasana akan lebih meriah lagi apabila duduk bersama rakan - rakan yang ramai. Namun begitu, dengan norma baharu yang dihadapi,  situasi terdahulu tidak lagi dapat dilakukan buat masa sekarang, kerana tumpuan haruslah di berikan kepada memerangi isu pendemik covid-19 yang dihadapi, dan harapan kita semua marilah kita tingkatkan kepekaan dengan mematuhi sop yang telah dikuatkuasakan, agar pendemik ini tamat dengan jayanya.

hidangan set roti canai 


Berbalik kepada si roti canai, menu ini sangatlah mudah di sediakan kerana pada zaman teknologi ini, tepung roti canai ang sudah tersedia serta banyak di jual di pasar - pasar dan hanya di panggang atau di masak. Dalam pada masa yang sama, kepakaran seseorang juga mempengaruhi dalam membuat roti canai dengan cara tersendiri dan halus sehingga roti canai nampak ampuh dan rangup apabila di makan. Roti canai sangat sedap jika di makan dengan kuah kari ayam atau kambing, namun ia mengikut selera citarasa masing - masing. 

Lazimnya, hari ini dilihat hidangan roti canai telah dipelbagaikan jenisnya bagi meningkatkan citarasa dan menambat para peminatnya, antaranya roti canai kosong, roti canai telur, roti canai banjir, roti canai sayur, roti canai daging dan macam - macam lagi.

Makanan ini, sering dimakan oleh masyarakat untuk sarapan pagi dan minum petang bersama rakan - rakan atau keluarga. Selain memberi tenaga, roti canai juga, mudah di kunya kerana kandungannya yang lebut dan rasanya yang sedap.

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian