Namanya yang tidak asing lagi di mata dan hati rakyat, khususnya mereka yang menghuni atau tinggal di kawasan berkenaan, Warung Bakso Kinabalu Kinarut sememangnya menjadi tumpuan ramai, khususnya mereka yang pengemar makanan berkuah seperti sup dan bakso.
Lokasi warung ini terletak ditepi jalan utama dari Pekan Kinarut ke Pekan Papar. Kawasannya yang strategik kerana terletak di tepi jalan sahaja, selain daripada kemudahan tempat letak kenderaan yang luas, warung ini juga amat mudah di kunjungi kerana kawasannya yang tidak sesak atau trafik jem
Warung ini diusahakan oleh rakyat tempatan, dan kemudahan asas turut disediakan seperti tandas, tempat membasuh tangan dan lain - lain lagi. Kawasannya yang bersih dan lapang dengan udara segar, sememangnya menghangatkan suasana makan bakso yang pedas dan menyelerakan.
Menu yang di hidangkan terdiri daripada pelbagai jenis, ada yang berkuah dan ada juga yang tidak berkuah, seperti nasi ayam penyet, gado - gado, bakso, sup ayam, sup daging dan macam - macam lagi. Selain daripada harganya yang berpatutan, menu yang di sajikan sangat menyelerakan, di tambah lagi dengan aroma supnya yang sedap. Menu ala kampung seumpama ini, sememangnya menambat hati para pengemarnya. Dalam pada itu juga, minuman sejuk dan panas turut disediakan di warung berkenaan.
Selain daripada itu, di warung berkenaan juga ada menjual makan masak iaitu pencuci mulut, atau makanan untuk waktu petang seperti jagung, kekacang, dan juga pisang goreng. Makanan seumpama ini memang enak dimakan diwaktu petang bersama keluarga atau rakan - rakan, ditambah lagi dengan minuman panas, kopi o atau tea tarik.
2 Comments
very good partnership, if I walk to kinarut can stop eating meatballs
ReplyDeleteTq and enjoy yourself
Delete