Panorama Anjung Soka Cafe

Panorama Anjung Soka Cafe

Anjung soka cafe merupakan salah satu cafe yang terletak di sebuah kampung di pekan kinarut dan tidak jauh dari jalan utama, cafe ini kedudkannya di tepi laut, dan diusahakan oleh rakyat tempatan yang tinggal di kampung berkenaan. Soka adalah sebutan kepada buah kelapa, menurut penduduk di kawasan berkenaan, dan oleh sebab itu di cafe berkenaan terdapat simbolik ataupun archa buah kelapa. Selain kedudukannya di tepi laut, cafe ini juga terletak berhampiran dengan rumah pemilik cafe berkenaan. Reka bentuk cafe ini adalah ala kampung, dimana meja untuk makan minum disediakan di dua kawasan utama di pondok yang bentuknya seperti anjung beratapkan zink, dan satu lagi di kawasan terbuka di atas pasir. 

pemandangan anjung soka cafe dari sudut hadapan (pintu masuk)


Bersama sanak keluarga atau sahabat handai, makan di anjung cafe sememangnya sangat selesa, kawasannya yang luas dan terbuka serta selamat untuk anak - anak kecil bermain di kawasan pantai pasir. Tebing air lautnya sangatlah cetek, dan dasarnya adalah pasir. yang mana tidaklah kotor. dalam pada itu disediakan juga kemudahan asas seperti tandas surau dan tempat membasuh tangan atau kaki. 

Cafe ini, menyediakan hidangan sarapan pagi tengahari dan minum petang, antara menunya adalah sup ayam, nasi ayam penyek, nasi goreng seafood, dan macam - macam lagi. Manakala minumannya pila terdiri daripada jus kelapa, air bandung, jus oren, dan pelbagai minuman panas. Harga yang ditawarkan adalah berpatutan dan mampu milik. 

Dalam pada itu, suasana persekitaran cafe yang damai dengan tiupan angin laut yang menyegarkan dan memberi kesegaran selesa kepada pengunjung yang menikmati makanan di sana. Dalam masa sama, sambil menikmati hidangan, pengunjung dapat menikmati pemandangan laut dengan air lautnya yang membiru dan juga pilau - pulau yang berada dihadapannya.

pandangan dari kaunter untuk kawasan makan minum di atas pasir  

Selain daripada menu asa, cafe bersebelahan cafe berkenaan juga ada menyediakan hidangan seperti sayap, satay, buger dan lain - lain lagi. Hidangannya yang segar dan enak pastinya membuatkan lidah tidak jemu untuk memesan makanan tambahan.

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian