Panorama Masjid Imam Mohd Yaakub Misir

Panorama Masjid Imam Mohd Yaakub Misir

Rumah ibadah, masjid dan surau merupakan salah satu tempat berkumpulnya penganut agama islam muslimin dan muslimat untuk menunaikan ibadah solat dan juga aktiviti - aktiviti keagamaan. Dalam pada itu, ia juga mengeratkan hubungan silaturrahim sesama insan, dan dalam masa sama mengelak dari terjadinya perkara -perkara negatif seperti riak, sombong, pergaduhan yang mana boleh membawa kepada keruntuhan ummah dan perpaduan.

Sehubungan dengan itu, berbica tentang masjid, terdapat salah satu masjid iaitu masjid imam mohd yaakub bin misir, yang seni binaanya sangat menarik dan terletak di tepi jalan utama. Masjid ini bukan sahaja memberi manfaat kebaikan kepada penduduk di sekitarnya, malahan kepada orang ramai yang lalulang.

pandangan dari arah hadapan masjid

Kawasan persekitaran masjid sangat luas, dengan menyediakan tiga kawasan lapang bagi memudahkan parking kenderaan. Masjid ini terletak di tepi jalan utama antara laluan dari pekan papar ke pekan kinarut. Laungan azan yang merdu dan jelas sudah pasti memudahkan para mereka yang lalu dengan menggunakan jalan berkenaan, boleh berhenti dengan mudah untuk menunaikan solat.

Selain daripada itu, kawasan masjid yang selamat dan selesa juga memberi kepuasan kepada para pengunjungnya yang hendak menunaikan solat. Kemudahan seperti tandas, tempat berwuduk dan ruangan rehat juga disediakan. Apabila terasa haurs dan dahaga, di masjid berkenaan juga ada disediakan minuman (water cooler / heater) untuk menghilangkan serta mengenyangkan rasa haus dengan selesa.

pandangan pintu gerbang untu masuk ke perkarangan masjid


Selain daripada itu, bahagian dalam masjid, sangat luas dan selesa. Masjid dipasangkan penghawa dingin serta lantainya yang berkapet sememangnya memberi kepuasan dan keselesaan semasa menunaikan solat atau mengadakan aktiviti - aktiviti mengimarahkan masjid (mengaji, dan sebagainya).

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Maulana Tersohor Di Dunia