Berjalan – jalan di sekitar Anjung Senja sangat menyenangkan fikiran dan minda. Kawasannya yang bersih dengan tiupan angin yang nyaman memberi kepuasan damai kepada pengunjungnya.
Lokasi Anjung Senja terletak di
tepi laut, di Bandaraya Kota Kinabalu. Perjalanan hanya mengambil masa dalam
sepuluh ke lima belas minit dari Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kota
Kinabalu (KKIA) dengan menaiki bus atau kenderaan persendirian atau juga kenderaan e-hiling.
pemandangan ruang legar anjung senja dari sudut tepi |
Anjung Senja adalah tempat untuk
bersantai bersama sanak keluarga atau rakan – rakan, perkara ini sangat
berfaedah bukan sahaja mengeratkan ikatan silaturrahim, malahan ia juga
menghindari atau mensifarkan masalah – masalah negatif, seperti jenayah, porak
peranda keluarga, dan sebagainya.
Di Anjung Senja juga terdapat
restoran – restoran yang menyediakan makanan laut yang sangat menyelerakan. Lauk pauk terdiri daripada ikan, ketam, udang, sotong dan lain – lain lagi.
Dalam pada itu, terdapat juga juadah atau hidangan lain seperti abc,
cincau, pisang goreng, jus buah – buahan dan sebagainya.
Selain daripada itu, di Anjung
Senja juga ada disediakan kemudahan asas seperti tandas awam, tempat letak
kenderaan, tempat duduk berehat, surau dan ruang legar awam yang luas untuk
anak – anak bermain – main.
pemandangan laut yang berhadapan dengan anjung senja |
Bersantai di Anjung Senja,
pengunjung boleh juga menikmati pemandangan indah lautan biru, pulau – pulau yang
berhadapan dengannya dan perahu serta kapal – kapal tunda, dagang yang lalu
lalang di perairan berkenaan.
0 Comments