Pelajar Peperiksaan SPM, STAM, SVM Norma Baharu

Pelajar Peperiksaan SPM, STAM, SVM Norma Baharu

Peperiksaan bertulis adalah salah satu kaedah yang dilaksanakan untuk menilai tahap pengetahuan dan intelektual seseorang terhadap apa yang dipelajarinya sepanjang pengajiannya. Peperiksaan juga adalah sebagai ukuran kepada pencapaian yang akan diperolehi oleh seseorang. Peperiksaan adalah pelbagai bentuk seperti peperiksaan bertulis untuk mendapatkan nilai markah tertinggi dalam untuk sesuatu sijil, dan yang lainnya peperiksaan adalah untuk mendapatkan markah tertinggi demi menjawat jawatan yang diiklankan.

contoh situasi peperiksaan bertulis


Justeru daripada itu, tahun ini 2021, dan hari ini 22 mac 2021 adalah kertas peperiksaan pertama para pelajar tingkatan lima yang mana sedang menduduki peperiksaan sijil pelajaran malaysia (spm / stam / svm). Peperiksaan ini amat penting kepada calon - calon pelajar kerana nilai gred yang mereka perolehi akan menentukan nasib langkah seterusnya, adakah untuk meneruskan perjuangan ke peringkat tertinggi iaitu kolej atau universiti atau juga ke tingkatan enam, Dalam pada itu, dan sebelumnya ada juga dikalangan yang berkemungkinan akan memilih untuk perjuangan ke lembah pekerjaan.

Walaubagaimanapun, syabas dan moga berjaya kepada semua para pelajar yang menduduki peperiksaan tahun ini dengan suasana kehidupan norma baharu. Pastinya ramai dikalangan gelagat para pelajar yang berbeza daripada sebelumnya, ini kerana pelajar perlu peka terhadap sop yang ditetapkan agar sesi peperiksaan sentiasa berlangsung dengan keadaan yang baik. 

Dalam pada itu, walaupun dalam keadaan norma baharu pelajar - pelajar tetap bersemangat untuk menduduki peperiksaan, perkara ini juga di ungkapkan oleh salah satu sumber media tempatan my metro dalam halamannya yang diterbitkan pada 22 mac 2021, oleh hazira ahmad zaidi mengatakan pada tajuk utamanya seperti tersebut; tetap bersemangat menduduki spm

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian