Pelbagai Kegunaan Pokok Bakau

Pelbagai Kegunaan Pokok Bakau

Pokok Bakau merupakan tumbuhan yang tumbuh secara berkelompok dengan agarnya berserabut serta menjalar, dan kebanyakannya tumbuh subur di tebing sungai dan laut. Tumbuhan ini juga menjadi habitat perlindungan kepada haiwan - haiwan lain seperti, burung, tempakul, kera, siput, ketam, dan lain - lain lagi.

Selain daripada itu, pokok bakau banyak kegunaannya kepada kehidupan seharian, dan hingga ke hari ini ia masih dan sangat diperlukan. Antara beberapa kegunaan utama pokok bakau, iaitu;

  • Tiang Rumah
Pemilik rumah yang membina rumah di atas air khususnya di tebing sungai atau laut, lazimnya mereka menggunakan pokok bakau untuk dijadikan tiang rumah. Pokok bakau sememangnya mempunyai ketahanan yang kuat terhadap hakisan kandungan air masin. Oleh sebab itulah ia mendapat permintaan yang tinggi daripada peminatnya.
  • Kayu Api / Arang 
Pokok kayu bakau juga, sering kali digunakan sebagai bahan kayu api oleh isi rumah untuk kegunaan memasak di dapur. Kualiti kayu yang baik juga di jadikan arang untuk mengerakkan kenderaan khususnya keretapi.
  • Titi
Pokok kayu bakau yang mempunyai ketahaan tinggi, amat sesuai untuk dijadikan titi atau jembatan untuk menghubungkan satu kawasan dengan kawasan yang lain, atau juga untuk menyeberangi sungai. Pokok bakau mempunyai ketahanan yang tinggi dan boleh digunakan bertahun - tahun

Pelbagai Kegunaan Pokok Bakau


Justeru daripada itu, pokok bakau banyak manfaatnya, ia tumbuh di tebing sungai dan laut juga adalah sebagai benteng kepada hakisan  Penjagaan serta pemeliharaan dan pemulihan pokok bakau adalah amat penting demi menjaga ekosistem yang sentiasa berkeadaan baik.


Lanjutan daripada itu, sila ikuti juga maklumat pada link dibawah untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang pokok bakau;


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Maulana Tersohor Di Dunia