Perusahaan Kapal Pukat Tunda

Perusahaan Kapal Pukat Tunda

Kapal pukat tunda di laut adalah salah satu kapal yang digunakan untuk menangkap ikan dengan menggunakan jaring yang pukat yang ditundah pada jarak yang ditentukan oleh pengemudi. Ikan - ikan yang terperangkap di dalam jaring atau pukat secara langsungnya tidak akan terlepas apabila jaring atau pukat tundah di punggah ke atas kapal.

Dalam pada itu, kapal pukat tundah selalunya di gunakan di kawasan laut dalam dan kawasan yang luar bagi mengelakkan pukat yang dilabuhkan ke dalam laut tersangkut di apa - apa objek yang berada di dasarnya, yang boleh menyebabkan jaring atau pukat menjadi koyak. Perusahaan ini, sememangnya membuahkan hasil yang lumayan dan pastinya akan dapat menangkap pelbagai spesis ikan. 

kapal pukat tundah


Perusahaan kapal pukat tunda, memerlukan kos yang sederhana banyak dan di jalankan oleh lebih tenaga pekerja. Kepakaran dalam mengendali perusahaan ini amatlah penting kerana dengan alunan ombak dilaut semestinya agak sukar untuk menstabilkan diri apabila kapal berada dalam keadaan gelombang oleh alunan ombak.

Hasil yang lumayan semasa menuai atau menaikkan pukat tundah adalah memberi kepuasan. Hasil tangkapan akan di masukkan ke dalam tong yang berisi ais batu bagi mengelakkan ikan - ikan menjadi busuk sepanjang berada di lautan. Dalam pada itu, hasil tangkapan akan di bawah ke jeti untuk di dagangkan kepada tekong atau pemborong yang sedia menanti di pangkalan atau jeti. Ekoran permintaan yang memberangsangkan di pasaran, tidak hairanlah perusahaan ini mampu bertahan lama, walaupun berhadapan dengan gelora mabuk laut. 

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian