Memukat adalah salah satu cara untuk menangkap ikan samada di sungai mahupun di laut. Kaedah seumpama ini memang membuahkan hasil yang lumayan kerana ikan dapat ditangkap secara pukal berbanding memancing.
Hasil tangkapan boleh di didagangkan di pasar - pasar, tamu, atau untuk kegunaan perbelanjaan ekonomi dapur sendiri atau keluarga. Memukat juga boleh dilakukan secara bersendirian, namun adalah lebih selamat jika berdua atau lebih, ini kerana dengan adanya rakan ia mampu membantu dalam sebarang perkara - perkara seperti kecemasan yang mana mungkin berlaku diluar jangkaan.
gambar hiasan |
Sebelum itu, tular di media sosial dimana satu kejadian seorang remaja lelaki berumur 14 tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai semasa memukat ikan di tebing sungai monyet batu 25 pagi hari selasa di Sandakan.
Menurut sumber media tempatan terbitan Yusop Teppo (10 feb 2021, jam 8.00 pagi) dalam tajuk beritanya iaitu Remaja Lelaki Dikhuatiri Lemas Ketika Memukat; difahamkan, mangsa yang identitinya belum diketuai berumur 14 tahun semasa melakukan aktiviti memukat ikan di tepi sungai berkenaan.
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sandakan, Penguasa Bomba Martin Thomas berkata pihaknya telah menerima panggilan kecemasan jam 12.29 tengahari berhubung kejadian seorang mangsa dikhuatiri lemas di alamat Kampung Sungai Monyet Batu 25, Sandakan.
“Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak 45 kilometer daripada Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan,” katanya. Ikuti maklumat terperinci pada pautan ini 👉 utusan borneo online
0 Comments