Tauladan Terbaik Seorang Boss

Tauladan Terbaik Seorang Boss

Boss adalah panggilan singkat kepada seseorang yang mengetuai sesuatu kumpulan, atau orang pertama yang tertinggi pangkatnya dalam pejabat atau yang berkaitan diantaranya. Panggilan ini, adalah salah satu tanda hormat dari pengikut bawahan kepada ketuanya. Panggilan boss juga sinonim maksudnya dengan ketua, pemimpin atau nakoda.

Seseorang bergelar boss yang mempunyai ciri - ciri mantap dalam memimpin sesuatu kawasan dan pengikutnya akan mendapat sokongan atau dorongan padu dari para pengikutnya. Pengikut akan bertambah ramai dari masa ke semasa sehinggakan tidak terbilang angkanya.

contoh, tauladan terbaik seorang boss


Keharmonian dan kemantapan sesebuah kumpulan akan lebih utuh apabila seseorang boss menunjukkan sifat - sifat kepimpinan yang baik dan tinggi kepada diri dan para pengikutnya. Lantaran daripada itu, terdapat beberapa tips yang mungkin boleh digunakan apabila menjadi seorang boss pada masa - masa rezeki mendatang, antaranya;

  • Jangan tunjukkan sifat marah kepada orang bawahan atau pengikut dikawasan terbuka atau umum, ada baiknya panggil dan bawa berbincang dengan teguran secara damai, atau nasihat membina demi pembangunan bersama.
  • Dalam aspek kerja, boss haruslah bersifat timbang tara, iaitu berada pada kedudukan seimbang apabila terdapat sesuatu perkara yang dibincangkan. Pandangan dan pendapat orang lain juga haruslah diambil kira walaupun mereka adalah orang bawahan.
  • Boss haruslah menunjukkan sifat atau penampilan yang cergas dan sihat agar para pengikut atau orang bawahan menjadikan boss mereka adalah salah satu idola dan kekuatan.
  • Bos juga haruslah memiliki pengetahuan yang mantap dan luas dalam pelbagai aspek, bagi mumudahkan orang bahawan menjadikannya sumber rujukan tangkas.
  • Boss haruslah menghargai dengan memberi insentif kepada orang - orang bawahan yang berkelayakan dan sentiasa menyumbang dalam pelbagai aspek. Perkara ini amat baik, dan membantu untuk pembangunan serta menjadikan satu semangat kepada mereka.
  • Seseorang yang bergelar boss haruslah membimbing serta mengambil berat orang - orang bawahannya agar sesuatu kumpulan dapat membangun dan bergerak maju secara pantas ke hadapan secara bersama.

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian