Tin Biskut Dijadikan Tapak Semaian

Tin Biskut Dijadikan Tapak Semaian

DIY (Do It Yourself) inilah antara kata - kata yang bermain di minda dan menjadi aspirasi dalam melakukan sesuatu perkara. Kehebatan akal fikiran untu menaakul dengan baik berdasarkan sumber - sumber dari media sosial dan cetak, sudah pasti boleh melakukan sesuatu perkara dengan berjaya. Ibarat kata pepatah, "belum cuba belum tahu', "jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya".

Tahukan kita, barang - barang terpakai sememangnya boleh dijadikan sesuatu perkara jika ada bakat dan kesungguhan, tidak kiralah ia sulit atau tidak, namun jika dipelajari dan diusahakan sudah pasti membuahkan hasil yang baik.

Merujuk pada gambarajah di atas, menunjukkan bagaimana kreativiti pembuatnya menggunakan bekas tin biskut dijadikan tapak semaian. Apa yang menariknya, tumbuhan yang ditanah adalah sayur - sayuran (cangkuk manis). Memanfaatkan barang - barang yang boleh digunapakai daripada dibuang adalah amat baik, bukan sahaja kepada ekonomi isi rumah malahan ia menyumbang kepada kepersihan dan ekosistem persekitaran.

Perkara seumpama ini, bukan sahaja menjimatkan kos, malahan dengan tindakan bijak ia menyumbang kepada penjimatan keperluan bahan - bahan mentah khususnya sayur - sayuran. 

tin biskut dijadikan tapak semaian

Tanaman seumpama ini, boleh di lakukan samada di rumah yang berbentu teres, flat atau rumah pangsa, ini kerana cara membuatnya tidaklah susah dengan hanya mendapatkan bahan - bahan yang diperlukan antaranya, jenis tanah yang sesuai (tanah gambut hitam), bekas (tin, pipe, gelen) dan bibit sayuran. Dalam masa sama, pembajaan yang berjadual pasti memberi kesuburan yang baik kepada tanaman dan boleh di tunai dalam masa yang singkat.

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian