Aktiviti bakar - bakar atau dalam erti kata lain bbq, merupakan salah satu aktiviti riadah yang dilakukan secara berkumpulan samaada bersama sanak keluarga atau rakan - rakan yang memahami bersama. Aktiviti ini adakalanya dilakukan pada hari biasa atau hujung minggu sebelah malam atau petang. Walaupun banyak peralatan atau perkara - perkara yang dilakukan dan dipertimbangkan, namun aktiviti seumpama ini banyak memberi kebaikan positif kepada yang menyertainya.
menu hidangan untuk bbq |
Lazimnya, sebelum melakukan aktiviti bakar - bakar atau bbq, langkah pertama adalah perbincangan atau mesyuarat antara ahli yang sudi atau berkelapangan menyertainya. Kelapangan masa adalah amat penting agar semua ahli merasakan kepuasan dan keseronokan semasa menikmati hidangan bbq bersama rakan - rakan sambil bersembang kosong, walaupun tidak ada berkesudahan. Langkah kedua, adalah menentukan lokasi serta bahan - bahan yang diperlukan untu melakukan aktiviti bakar - bakar, antaranya seperti, arang, minyak tanah (bahan pembakar), jaring pemaanggang, ikan basah, sotong, udang , sayur terung, nasi serta buah - buahan sebagai pencuci mulut seperti pisang atau betik.
aktiviti bakar - bakar / bbq ( menu sotong dan ikan segar ) |
Masa yang sesuai untuk bbq adalah bermula selepas solat isyak, apabila bahan - bahan yang hendak dibakar sudah siap sedia di adun ramuannya dan dibersihkan. Apabila arang yang dibakar telah menjadi bara, proses atau tindakan membakar bahan - bahan boleh dilakukan dengan teliti, bagi mengelakkan ianya terlebih bakar dan menyebabkan hangus.
Secara umumnya, aktiviti seumpama ini bukan sahaja menyenangkan fikiran, malahan ia juga mengeratkan ikatan sesama insan, megutuhkan kekeluargaan atau rakan taulan. Dalam pada itu juga, ia mempu membawa kepada peningkatan ilmu pengetahuan kepada tingkat yang lebih matang, yang mana membawa kepada insan berilmu dan beramal
0 Comments