Harmonikan Diri Anda

Harmonikan Diri Anda

Manusia umumnya akan berhadapan dengan pelbagai dugaan samada yang baik mahupun yang tidak baik. Perkara ini bukan sahaja kepada sesetengah manusia, malahan juga kepada semua pelusuk makluk yang bergelar manusia di muka bumi ini. Perkara yang dihadapi adakalanya daripada perbuatan sediri, atau orang lain, atau juga dari persekitaran. Kelemahan serta ketidak upayaan menaakul serta menangani situasi seumpama ini, pastinya akan membawa ke kanca negatif, dari segi pemikiran, tingkalaku dan sebagainya.

harmonikan diri anda dengan menikmati panorama indah


Justeru daripada itu, adalah amat baik dan bijaksana jika diri diterapkan dengan nilai - nilai positf seperti yang diseru dalam skop agama agar masaalah - masaalah negatif tidak akan terjadi. Harmonikan diri anda dengan nilai - nilai murni serta yang membawa kebaikan, pastinya akan menghasilkan sesuatu benda yang mengembirakan bukan sahaja kepada diri anda malahan kepada mereka yang berada disekeliling. Dalam pada itu, kemajuaan akan mudah dan cepat dicapai tanpa melibatkan atau menempuh sebarang halangan. 

Harmonikan diri anda, bukan sahaja kepada naluri anda malahan juga kepada faktor luar yang mempengaruhi seperti kesesakan jalan raya, tingkat pendapatan, kemewahan, pergaulan dan sebagainya, yang mana perkara - perkara seumpama ini adakalanya dicapai atau tidak demi memenuhi kehendak dan penawaran. 

Lantaran daripada itu, tindakan yang perlu dilakukan untuk meningkatkan tahap keharminian dalam diri adalah melelui pendidikan formal tau tidak formal, berguru atau melalui kajian. Secara umumnya, jika terdapat banyak ilmu di dalam dada, sudah pasti akan lebih matang khususnya dalam menaakul sesuatu perkara yang datang atau belum atau dirancang dengan baik dan berkesan,

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian