Kenderaan Perdagangan Wajib Jalani Pemeriksaan Berkala Puspakom

Kenderaan Perdagangan Wajib Jalani Pemeriksaan Berkala Puspakom

Pemeriksaan kenderaan di puspakom adalah sangat penting bagi memastikan kenderaan yang dimiliki dan dipandu memenuhi piawaian yang ditetapkan. Dalam pada itu juga, ia amat penting kepada pemandu serta penumpang yang lainnya atas faktor keselamatan dan demi mengelakkan sebarang kecelakaan semasa memandu di jalan raya. Oleh yang demikian, kenderaan perdagangan adalah wajib menjalani pemeriksaan berkala di Puspakom. 

Selain daripada itu, berikut dikongsikan adalah antara kategori kenderaan yang disenaraikan melakukan pemeriksaan secara berkala, apabila sebelumnya kenderaan berkenaan telah didaftarkan mengikut syarat - syarat yang ditetapkan untuk pemeriksaan di puspakom, iaitu ;

  • Lori Berat (BDM ≥ 6000kg)
  • Lori Ringan (BDM ≤ 5999kg
  • Treler dan Semi Treler
  • Kereta Sisi, Motor Roda Tiga, Motor
  • Penggerak Utama, Van, Jip, Lori Pikap
  • Kereta
  • Teksi, Kereta Sewa, Teksi Limosin
  • Bas, Bas Mini, Van, Jip
  • Sewa Pandu
  • E-Hailing  
  • Ambulans 
  • Kereta Jenazah 
  • Van, Lori, Bas Jenazah  
  • Bomba
  • Jentera Bergerak

Justeru daripada itu, dokumen - dokumen yang perlu dibawa bersama semasa melakukan pemeriksaan kenderaan adalah ;

  • Laporan Pemeriksaan terkini
  • Resit saman atau kompaun Jabatan Pengangkutan Jalan/PG3/Surat pengesahan Jabatan Pengangkutan Jalan (Sekiranya kenderaan gagal hadir pada tarikh yang ditetapkan)
  • Sijil daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Untuk kenderaan mesin sahaja)
  • Kad Pendaftaran Kenderaan (Asal)/ Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC)/ Salinan Kad Pendaftaran Kenderaan (disahkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan atau Pesuruhjaya Sumpah/ Butiran Pendaftaran Kenderaan (dari Jabatan Pengangkutan Jalan)
  • Lesen pengangkutan dari Kementerian Pelancongan/SPAD/ Permit Sekolah Memandu
  • TR2 terkini - Laporan Meter Teksi untuk teksi bermeter sahaja
  • Laporan VR1 Terkini
  • No. Rujukan Permit (EVP) bagi pemeriksaan E-Hailing

Bergantung kepada jenis kenderaan, pelbagai jenis dokumen mungkin diperlukan.

 Sumber : laman sesawang milik puspakompuspakom


gambar hiasan, pemeriksaan kenderaan

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Maulana Tersohor Di Dunia