Kesihatan anggota badan adalah amat penting agar diri sentiasa berada pada paksi yang baik dan sihat selalu. Penjagaan kesihatan adalah merangkumi anggota dalaman dn juga luaran yang mana perlu di titik beratkan dari masa ke semasa.
Justeru daripada itu, mari kita pelajari dan ketahui apakah itu potassium. ia adalah sejenis garam mineral yang diperoleh daripada makanan yang mana seringkali kita makan setiap hari tanpa kita sedari.
Secara umumnya potassium adalah penting dalam kesihatan yang mana yang merangkumi antaranya berikut :-
- Membantu pencegahan strok
- membantu untuk mencegah hipertensi
- Mencegah osteoporosis
- Mencegah pembentukan batu karang
- Membantu otot berfungsi
- Membantu keseimbangan cecair dalam badan
Maklumat lebih terperinci boleh dirujuk dan dibaca pada gambarajah yang dilampirkan yang mana dipetik daripada laman muka buku milik Kementerian Kesihatan Malaysia untuk dikongsikan bagi meningkatkan pengetahuan bersama.
sumber : laman muka buku milik (kkm) |
Lantaran daripada itu, tingkatkanlah diri kita dengan setiasa mengambil langkah bijak dengan mengetahui perkara - perkara khususnya yang berkaitan dengan kesihatan agar anggota badan kita sentiada berada pada paksi yang sihat serta secara tidak langsung mampu melakukan amal ibadah dengan baik serta melakukan aktiviti - aktiviti seharian dengan baik.
0 Comments