Kunjungi Restoran Lot 10 Anjung Senja

Kunjungi Restoran Lot 10 Anjung Senja

Restoran Lot 10 Anjng Selera merupakan salah satu restoran yang terletak di Anjung Selera yang mana kedudukannya di hadapan pintu gerbang masuk ke anjung berkenaan.Restoran ini menyediakan serta menawarkan pelbagai hidangan makanan laut dan juga menu segera iaitu goreng - goreng. Lauk pauk yang basah kelihatan segar dan enak rasanya apabila dimakan. 


pandangan hadapan restoran, dan menu serta bahan - bahan (makanan laut) yang segar 


Antara menu segera yang disediakan adalah nasi lalap, nasi goren seafood, nasi pataya, nasi goreng usa dan macam - macam lagi. Manakala hidangan seafood, berupa ikan masak tiga rasa, sup kepala ikan dan lain - lain lagi. Pilihan ikan segar atau ketam atau siput serta sayur - sayuran boleh dipilih mengikut citarasa pelanggan serta masakannya. Selain daripada itu, hidangan ringan juga turut disediakan seperti pisang goreng, minuman teo ais, kopi panas, sirap limau dan macam - macam lagi.

Dalam pada masa sama, lokasi restoran Lot 10 Anjung Selera amat strategik kerana terletak di laluan utama lalu lalang orang ramai. Kawasannya juga yang bersih serta terletak di tepi laut menghangatkan lagi suasana para pengunjung untuk datang menikmati juada yang disediakan bersama sanak keluarga ataupun rakan - rakan. 

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Maulana Tersohor Di Dunia