Mohon Biasiswa Pendidikan Sebelum 31 Mac 2021

Mohon Biasiswa Pendidikan Sebelum 31 Mac 2021

Biasiswa adalah aspek yang penting kepada sesiapa sahaja yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat universiti, samaada dalam negara ataupun luar negara. Carian biasiswa boleh dibuat menerusi pelbagai kaedah samada menerusi carian di internit atau iklan - iklan di surat khabar. Lazimnya biasiswa yang di iklankan atau di tawarkan adalah datang dari sektor kerajaan atau swasta. Jumlah dan syarat yang ditawarkan juga adalah ditetapkan dan tertakluk kepada pemberi tajaan.

Oleh yang demikian, dikongsikan tetang biasiswa yang mana berdasarkan pada sumber yang dipetik dari laman sesawang kementerian pendidikan malaysia (KPM), biasiswa ijazah sarjana muda pendidikan (ismp) tahun 2021 telah di iklankan. Antara  pengkhususan bidang  yang di senaraikan adalah merangkumi, bahasa english, bahasa melayu, bahasa cina, bahasa iban, bahasa kadazan/ dusun, sejarah, geografi, tahfiz, dini, pendidikan islam, pendidikan moral, pendidikan khas, pendidikan jasmani dan kesihatan, kaunseling, kesetiausahaan pentadbiran, reka bentuk dan teknologi, kejuruteraan awam, teknologi automatif, teknologi penyejukan dan penyaman udara, teknologi pemesinan industri, teknologi pemprosesan kayu dan kemasan, teknologi kimpalan dan fabrikasi logam, seni visual, seni kulinari, fesyen dan pembuatan pakaian, kosmetologi, pelancongan, pemasaran. Dibawah ini juga disertakan perincian bidang untuk memudahkan pilihan dengan lebih jelas dan berkesan. 

 Sumber : KPM


Dalam pada itu, maklumat lebih lanjut dan terperinci tentang biasiswa berkenaan juga boleh diketahui dengan melayari laman sesawan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Sehubungan daripada itu, peluang ini adalah terbuka kepada semua pelajar ijazah sarjana muda pendidikan yang berkelayakan, dari universiti awam sahaja.  Permohonan boleh dilakukan bermula dari 01 mac 2021 sehingga 31 mac 2021 menerusi laman sesawang KKM pada pautan yang disediakan dibawah;

Klik Untuk Mohon 👉 Biasiswa Perguruan Persekutuan


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Maulana Tersohor Di Dunia