Kesibukan adakalnya mempengaruhi seseorang untuk melakukan sesuatu kerja secara sendiri atau diy. Selain itu, faktor - faktor seperti kepenatan dan kekangan kesihatan juga mempengaruhi seseorang untuk menggunakan sumber yang sedia ada untuk menyelesaikan dengan cepat dan mudah.
Dalam aspek penjagaan kenderaan, sememangnya perkara pencucian adalah amat penting bagi mengelakkan kenderaan kelihatan kotor yang boleh menyebabkan ianya bertagar dan membawa kepada kerosakan, apatalagi jika kenderaan telah melalui jalan - jalan kampung atau grabal yang berlumpur, sudah pasti boleh menyebabkan ianya kotor dan tidak selesa untuk di pandu.
Justeru daripada itu dengan kewujudan teknologi moden khususnya mesin mencuci kenderaan secara drive thru amat mudah kepada orang ramai untuk mencuci kenderaan dalam masa yang singkat. Ia juga memberi kepuasan kepada para pemandu kerana tidak perlu turun dari kenderaan semasa hentak mencuci kenderaan.
pandangan pintu gerbang untuk cucian kenderaan secara drive thru |
Semasa memasuki pintu gerbang drive thru, pertamanya kenderaan akan dibasuh menggunakan air terlebih dahulu bagi menanggalkan kotoran - kotoran ringan dan keras yang melekat pada kenderaan dengan menggunakan mesin tempok pencuci yang bertekanan tinggi. Selepas itu, kenderaan akan di arahkan masju kehadapan untuk sesi di basuh dengan menggunakan sabun, agar kotoran - koran yang masih melekit akan tanggal. Dua orang pekerja iaitu dikedudukan sebelah kiri dan kanan bertugas dengan pastas agar kenderaan dapat diselesaikan dengan cepat, tangkas dan berkesan.
Lantaran daripada itu, dan setelah selesai di cuci dengan sabun, kenderaan akan diarahkan untuk masuk ke mesin pencuci untuk pembilasan serta pembersihan lebih terperinci, pemandu di wajibkan agar meletakkan gear kenderaan pada kedudukan percuma (free) dan dilarang menekan pedal break. Kenderaan akan bergerak sendirinya sambil di bilas dan disembur dengan air secara automatik. Setelah di bahagian hujung, kenderaan seterusnya akan dibilas secara manual bagi mengeringkan kenderaan dengan lebih rata dan bersih.
Lantaran daripada itu, setelah dibilas dengan kain kering, proses pembayaran secara drive thru juga boleh dilakukan di kaunter yang disediakan.
0 Comments