Kehidupan di dunia sememangnya tidak lari atau terlepas daripada melakukan sebarang kesilapan atau kesalahan, samaada kesilapan itu berpunya dari diri sendiri, atau orang lain. Ia juga haruslah di nilai dengan lebih teliti dan muhasabah agar diri sendiri tidak terpengaruh dengan fantasi luar sehinggakan membawa kepada perbuatan negatif diluar kawalan.
Oleh yang demikian, nilai - nilai positif haruslah di tingkatkan dalam diri dengan memperbanyakkan belajar dengan membaca menimbah ilmu (berguru) atau membuat kajian. Perkara sedemikian bukan sahaja mampu membina diri, malahan dapat membudayakan sesuatu masyarakat kepada keharmonian dalam hidup berkelompok.
sumber : diperolehi daripada whatsapp group jiran tetangga |
Antaranya nilai - nilai harmoni yang perlu ada dalam diri agar dipandang mulia oleh masyarakan sekeliling, iaitu berintegriti, menjaga harga diri, berusaha ke arah kebaikan, melaksanakan ibadah dengan tawaduk, bertawakkal, besyukur dan macam - macam lagi. Penghormatan akan timbul sendirinya dari masa ke semasa walaupun tidak diminta namun dengan rezekinya sudah pasti akan membuahkan kesan yang positif.
Justeru daripada itu, janganlah sentiasa berada pada paksi kemegahan sehinggakan lalai dalam taksiran sesuatu perkara yang boleh mempengaruhi ke lembah kehinaan. Muhasabah untuk berjaya adalah antara yang terbaik agar diri tidak lalai dalam rona - rona kehidupan.
0 Comments