Nikmati Makan Dan Minum Di Rizqi Corner

Nikmati Makan Dan Minum Di Rizqi Corner

Rizqi Corner merupakan salah satu restoran yang menyediakan pelbagai hidangan termasuklah seafood yang sangat menyelerakan. Kedudukannya yang strategik ditepi laut, mendapaikan lagi suasa semasa makan malam di restoran berkenaan bersama rakan - rakan atau sanak keluarga.

Restoran ini menawarkan pelbagai jenis makanan dan minuman, antaranya adalah ikan masak tiga rasa, sotong masak tumis, nasi goreng seafood dan lain - lain lagi, manakala minuman pila seperti air bandung, silap limau, cincau, tea ais dan macam - macam lagi termasuklah minuman panas. Selain daripada itu, di restoran berkenaan juga ada menyediakan hidangan segera, seperti sayap, buntut ayam, abc dan sebagainya.


Rizqi Conner terletak di Anjung Senja, nombor dua hari hujung, restoran ini berhadapan dengan laut dan kawasan lapang yang memudahkan untuk anak - anak bermain - main, tatkala ibu bapa sedang makan. Kawasannya yang bersih dan selamat, menyenangkan serta meningkatkan lagi keselesaan semasa menikmati hidangan.



Lantaran daripada itu juga, restoran ini terletak di kawasan bandar, dan sekitarnya disediakan kemudahan asas seperti tandas awam, surau untuk kaum muslimin dan muslimat menunaikan solat dan juga parkir kenderaan yang banyak serta percuma.

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Maulana Tersohor Di Dunia