Nikmati Makan Malam Di HotSport Dot Com

Nikmati Makan Malam Di HotSport Dot Com

HotSpot Dot Com merupakan salah satu restoran yang tidak asing lagi di hati dan mata masyarakat. Restoran ini beroperasi sebelah petang hinggalah ke malam dengan mengidangkan pelbagai juadah hidangan ringkas dan menyelerakan.

Kedudukannya yang strategik, iaitu terletak di conner dan paling hujung memudahkan para pengunjung menemukannya dengan hanya melihat dari tepi jalan. Dalam pada itu, restoran ini juga mempunyai ruang kawasan yang luas iaitu bahagian dalam dan luar. Meja dan kerusi disusun atur dengan kemas mengikut peraturan yang ditetapkan demi keselesaan para pelanggan

Pandangan dari tempat duduk di ruang legar luar restoran

Selain daripada juadahnya yang menyeerakan, restoran HotSport Dot Com juga menyediakan kemudahan asas seperti tempat mencuci tangan, tandas dan surau bagi keselesaan para pengunjung. Kemudahan parking juga banyak tersedia disekeliling restoran berkenaan. 

Juadah yang di hidangkan termasuklah nasi goreng lalap, nasi goreng ayam, nasi goreng pataya, nasi ayam penyek, sup ayam, soto ayam dan macam - macam lagi, manakala minuman terdiri daripada minuman panas dan sejuk. 

Selian daripada itu, restoran HotSport Dot Com juga menyediakan tayangan skrin televisyen yang besar dengan meneyangkan cerita - cerita mengikut kesesuaian dan kesukaan para pelanggan. Layar skrin yang besar dengan alunan suara yang mantap, memberi kepuasan kepada para pelanggan semasa sedang menikmati santapan, samaada secara berseorangan, dengan rakan taulan atau bersama sanak keluarga.

Menikmati makanan sambil menonton movie di layar skrin yang besar


Disamping itu juga, di Restoran HotSport Dot Com terdapat gerai - gerang di sekelilingnya yang mana turut menyediakan atau menjual hidangan tambahan seperti kentang goreng, mee basah, mee chakuehteaw, burger dan macam - macam lagi. Pengunjung pastinya akan teruja dan akan sentiasa datang lagi menikmati santapan yang menyelerakan sambil menonton layar televisyen yang besar.

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Maulana Tersohor Di Dunia