Nikmati Minum Dan Makan Waktu Senja Di Jayyen Station

Nikmati Minum Dan Makan Waktu Senja Di Jayyen Station

Waktu senja adalah waktu yang tenang apatalagi sedang santai menikmati minuman petang di restoran atau warung yang terletak di tepi pantai atau sungai. Suasana sedemikian bukan sahaja memberi ketenangan, malahan ia juga mampu menjadikan akal fikiran cergas dan pantas dalam bab fikiran. 

Jayyen station merupakan salah satu restoran yang mana kedudukannya berhadapan dengan laut yang terbentang luas, kedudukannya yang strategik dengan pemandangan laut serta pulau - pulau menghangatkan lagi suasana panorama mata memandang, tankkala menjamu hidangan di waktu petang. 


Restoran ini terletak di antara kelompok restoran lain di anjung selera di tengah - tengah bandar. Namun demikian, restoran ini terletak di barisan pertama dan menghadap laut. Kawasannya yang bersih serta selamat, sememangnya sesuai kepada para pelanggan yang sedang menikmati juadah petang dan malam. Layanan istemewa dari para pekerjanya sangat membantu dalam aspek membuat pesanan makanan. Kawasan restoran juga ada disediakan kemudahan asas sperti surau, tandas awam dan juga parking kenderaan yang percuma bagi memudahkan para pengunjung untuk datang meninkmati hidangan bersama sanak saudara atau rakan - rakan


Jayyen station, menyediakan pelbagai jenis hidangan lazat untuk santaman samaada datang bersaama sanak keluarga, rakan - rakan atau sendiri. Menu makanan yang disediakan antaranya ikan bakar, menu masak tiga rasa, stim, nasi goreng seafood dan macam - macam lagi. Manakala hidangan minuman, seperti kopi o panas, tea o panas, milo, tea ais, cincau bandung, ais lemen tea dan banyak lagi. Selain daripada itu, terdapat juga juadah ringan seperti cendol, pisang goreng, abc dan sebagainya yang boleh dinikmati di restoran berkenaan. 

Lantaran daripada itu, anda boleh lah singgah di restoran berkenaan dengan menikmati hidangan yang istemewa dengan tingkat harga yang berpatutan. Dalam masa sama, anda dapat menikmati pemandangan laut, dengan kapal - kapal yang berlabuh dan lalu lalang serta pulau - pulau di hadapannya yang menghijau dengan tenang. Pada waktu malam pula, kelipan lampu - lampu di lautan akan kelihatan dengan terang dan jelas. 

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan