Masjid Universiti Malaysia Sabah (UMS) merupakan salah satu masjid yang yang indah dan terdapat di kawasan Bandaraya Kota Kinabalu, Masjid ini lebih dikenali dengan nama masjid pink di kalangan pelancong, khususnya dari negara China dan Korea.
Seluruh bahagian masjid diwarnakan dengan satu warna sahaja iaitu pink dan ke orenan sedikit membuat masjid ini dikenali dan diketahui oleh seluruh masyarakat bukan sahaja di Kota Kinabalu, malahan di luar kawasannya.
Masjid UMS |
Senibina masjid ini sangat unit dan menarik seperti yang kelihatan dalam gambar di atas. Selain daripada mampu memuatkan lebih satu ribu jemaah, masjid ini juga mempunyai kawasan lapang dibahagian tepi, hadapan dan atas. Lantainya yang berkapet dengan kuasa pendingin kipas yang besar, menghangatkan lagi keselesaan para jemaah untuk menunaikan solat dan juga apa - apa aktiviti readah ke agamaan.
Selain daripada itu, masjid ini juga dilengkapi dengan kemudahan - kemudahan asas seperti tandas, parkir kenderaan yang luas, tempat berwuduk, kantin dan lain - lain lagi yang diperlukan demi keselesaan para jemaah atau pengunjung.
0 Comments