Musibah yang berlaku semestinya tidak diduga akan bila masa, waktu terjadinya, ia berpunca dari pelbagai aspek yang melibatkan perbuatan yang membawa kepada kecuaian dan kelalaian. Oleh yang demikian, tindakan berhati - hati perlu ditingkatkan dalam diri agar dapat meminimise perkara - perkara yang negatif akar tidak terjadi.
Menjurus kepada punca berlakunya kebakaran, adakalanya terjadi oleh beberapa faktor antaranya seperti berikut;
- Pendawaian elektrik dalam rumah
Kebakaran rumah adakalanya berlaku disebabkan sistem pendawaian dalam rumah yang tidak sistemetik atau memenuhi piawaian yang dibenarkan. Aliran karen tidak seimbang dan tidak menampung kapasiti karen yang digunakan di dalam rumah.
- Leka dengan tidak menutup pili tempat masak
Tempat memasak yang menggunakan gas jika tidak ditutup dengan selamat, iaitu memusingnya sehingga ia berbunyi, aliran gas dari tong gas pastinya masih terkeluar. Perkara ini bukan sahaja bahaya, malahan boleh membawa kepada kebakaran rumah atau kampung dengan lebih dasyat.
- Meletakkan pelita / ubat nyamuk di tempat tidak selamat
Pelita atau ubat nyamuk uang menggunakan api juga boleh mengundang kepada kebakaran. Barangan seumpama ini selalunya digunakan di kampung - kampung yang mana tidak mendapat bekalan elektrik. Kebakaran boleh berlaku apabila pelita atau ubat nyamuk yang dinyalakan, diletakkan berdekatan tempat tidur atau tabir. Secara tidak langsung, apabila ia tertentang semasa tidur, sudah pasti tanpa disedari ia akan membawa kepada kebakaran.
- Tidak menutup peralatan elektrik
Kecuaian diri sememangnya tidak dapat dinafikan dengan sifat atau penyakit lupa, oleh itu sentiasa berwaspada. Kebakaran adakalanya berlaku disebabkan tidak menutup peralatan elektrik seperti mesin pemanas air, sterika dan lain - lain lagi apabila meninggalkan rumah pada waktu tempoh yang lama.
0 Comments