Selamat Hari Wanita Tahun 2021

Selamat Hari Wanita Tahun 2021

Wanita adalah ciptaan Ilahi yang lengkap sifatnya dengan memiliki pelbagai ciri - ciri antaranya  menawan, lemah lembut, penyayang dan sebagainya. Dalam pada itu, wanita juga berkebolehan dalam pelbagai bidang, bukan sahaja tertumpuh kepada suri rumah tangga semata - mata. 

Justeru daripada itu, bersempena hari wanita bagi tahun 2021, yang mana membawa tema " Wanita Bangkit Mendepani Cabaran" adalah menunjukkan keboleh upayaan wanita di peringkat global dalam dunia yang serba teknologi ini.

Sumber : Applikasi Whasapp (Kumpulan Kampung)


Dalam pada itu, hari ini dapat dilihat, yang mana dulunya wanita hanya bergelar ibu di rumah, memasak di dapur, menjaga anak - anak dan lain - lain lagi, akan tetapi mereka kebanyakannya sudah maju kehadapan dengan membuat perniagaan dari rumah dengan menggunakan platform seperti facebook, applikasi whatsapp, dan sebagainya untuk penjanaan pendapatan. Kemahiran wanita bukan sahaja kepada sesetengan perkara, mereka juga ada yang bergelar pendidik, pengurus syarikat, ahli perniagaan, pengarah atau ketua - ketua di jabatan dan banyak lagi. Kehebatan mereka dari segi pemikiran dan pembuat keputusan adalah cekap dan berkesan, dalam masa sama mereka jugalah penyedia makanan dan minuman, membasuh pakaian, dan lain - lain lagi untuk seisi keluarga di rumah agar sentiasa kelihatan kemas dalam suasana keluarga yang ceria dan bahagia. Ibaratnya, seperi multi-tasking.

Tahun ini 2021, ucapan selamat hari wanita kepada semua kaum hawa walaupun dimana berada, semoga setiasa sihat, cekal dan kuat menghadapi cabaran dan dugaan yang diharungi dan semoga ia akan berhasil kejayaan yang baik. 

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian