Ilmu pengetahuan, pengalaman seseorang dalam pelbagai aspek dan selok belok kewangan adalam adalah amat penting agar seseorang tidak mengalami kerugian dan kemelesetan ekonomi diri dan keluarga bagi menampung kos sara hidup seharian. Pengetahuan dalam aspek kewangan haruslah dipelajari dan diketahui dari pelbagai suber samaada menerusi media sosial atau media cetak atau juga secara bersemuka.
Lantaran daripada itu, faktor kematangan keterlihatan pada seseorang apabila muncul atau timbul keterbijakan dalam mentadbir urus kewangan dengan baik. Tanda seseorang matang dalam tadbir urus kewangan dapat dilihat melalui pemikirannya dan juga cara ianya mentadbir urus. Oleh itu, terdapat beberapa tanda kematagan yang boleh dinilai pada seseorang antaranya;
- Membelanjakan sumber kewangan mengikut keperluan dan bukan kehendak
- Mula aktif memberi sumbangan kepada orang tua khususnya walaupun jumlahnya hanya sedikit
- Dapat memahami serta menganalisi yang mana aset dan yang mana tanggungan (liabiliti)
- Aktif memberi sedeka samaada di masjid atau yang lainnya, kerana mengetahui segala kekayaan atau hasil yang diperolehi hanyalah pinjaman
- Tidak berminat dengan mana - mana pelaburang yang merugikan dan juga sebarang khidmat yang menawarkan cepat kaya, atau mana - mana juga skim pinjaman mudah
- Fokus dalam membuat simpanan walaupun sedikit untuk menampung keperluan masa - masa genting atau darurat dan amat memerlukan
- Tidak bersifat boros terhadap perkara - perkara yang membawa kepada pembaziran
0 Comments