Usaha Tangga Kejayaan

Usaha Tangga Kejayaan

Usaha tangga kejayaan adalah salah satu kata - kata semangat yang sering kedengaran, tertulis di mana - mana buku ataupun diluahkan oleh seseorang serta dipelajari dari sekolah. Kata - kata ini adalah antara salah satu dari yang lainnya, ia ibaratnya seperti anda menaiki tangga untuk meningkatkan diri anda dari satu tahap ke satu tahan yang lebih tinggi dan berjaya. Kejayaan akan dikecapi adalah bergantung pada daya serta kepantasan anda menaiki tangga.

Tangga yang anda naiki, adakalnya tangga kayu atau besi, ini membawa makna sejauh mana kesusahan, rintangan yang anda tempuhi atau hadapi untuk mencapai cita - cita yang anda impikan. Kemampuan untuk berada di atas adalah bergantung kepada pengetahuan, kebijaksanaan serta daya upaya fizikal anggota badan anda untuk mendapatkannya.

Usaha Tangga Kejayaan


Justeru daripada itu juga, usaha yang murni sudah pasti akan mendapat hasil yang baik iaitu bersih apabila anda mengikuti tangga yang lurus, berbanding anda melakukan jalan atau tangga yang tidak lurus atau erti katanya salah, maka hasil yang diperolehi juga sudah pasti adalah tidak baik atau dipandang hina. Oleh yang demikian, anda haruslah menilai dengan lebih bijak apabila hendak menggunakan pepatah usaha tangga kejayaan sebagai jalan untuk mendapatkan kejayaan di menara gading.

Hasil yang diperolehi juga adalah bergantung pada kemampuan serta kesungguhan, sepertinya jika bekerja keras pastinya akan mendapat hasil yang lumayan yang mana sebelumnya tidak pernah rasai, berbanding usaha yang ala kadar akan terhenti atau hasil yang diperolehi juga adalah sekadar biasa - biasa sahaja.

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Maulana Tersohor Di Dunia