Ramadhan adalah antara hadiah bulan yang paling istemewa kepada seluruh ummat muslim yang menyambutnya. Bulan ini di kurniakan hanya sekali dalam setahun yang banyak membaya manfaat dalam menghadapinya.
Cabaran dan dugaan yang dihadapi, sememangnya adalah sangat gentir kerana seseorang akan berperang dengan hawa nafsu dalam pelbagai aspek, samaada nafsu makan dan minum, nafsu pancaindera dan sebagainya. Kejayaan pasti akan dapat dirasa apabila halangan - halangan yang ditempuh berjaya di hadapi.
Dalam pada itu, terdapat banyak perkara - perkara mulia yang boleh dilakukan sepanjang bulan ramadhan, antaranya;
- Berkata perkara - perkara yang membawa kebaikan
- Melaksanakan solat terawih secara berjamaah dengan khusyuk
- Memperbanyakkan amalan sedekah jariah
- Membaca kitab suci Al - Quran
- Berkongsi maklumat - maklumat yang baik dan bermanfaat kepada rakan taulan
- Menjaga tingkah laku daripada perkara - perkara keji dan maksiat
- Mempertingkatkan solat fardhu dan sunnat
Justeru daripada itu, semoga amalan puasa yang dilaksanakan setiap tahun mendapat keberkatan dari Allah SWT. Dalam masa sama juga, tingkatkanlah amalan - amalan mulia dilakukan secara berterusan walaupun bukan dibulan ramadhan.
0 Comments