Berlari Satu Jam Boleh Membakar 710 Kalori Badan

Berlari Satu Jam Boleh Membakar 710 Kalori Badan

Kesihatan anggota badan dalaman dan luaran adalah amat penting agar diri kelihatan sentiasa aktif, sihat dan cergas. Aktiviti seharian disulami dengan senaman adalah amat baik dalam mengekalkan antibodi badan sentiasa dalam keadaan seimbang. Ia juga secara tidak langsung memudahkan kecerdasan dalam akal fikiran yang mantap.

Justeru daripada itu, mari kita pelajari apakah aktiviti - aktiviti sukan atau senaman yang mampu membakar kalori dalam masa satu jam. Berdasarkan pada gambarajah dibawah yang dipetik daripada laman muka buku milik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dapat dilihat aktiviti berlari adalah antara penyumbang yang paling tinggi dalam pembakaran kalori iaitu sebanyak 710 kcal berbanding aktiviti yang lain.

Bersama ini juga dilampirkan flayer yang mana menunjukan maklumat aktiviti senaman serta jumlah pembakaran kalori dalam tempoh satu jam untuk pengetahuan bersama;


sumber : laman muka buku (kkm)


Oleh yang demikian, marilah kita tingkatkan ilmu pengetahuan bersama dan sentiasa mengamalkan aktiviti- aktiviti sukan agar antibodi fizikal kita sentiasa kekal sihat dari masa ke semasa. Anggota badan yang sihat akan menghasilkan ketajaman dalam pemikiran dan seterusnya mampu melahirkan hasil kerja yang berkesan dan berkualiti.

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian