Cara Mengamalkan Surah Al-Fatihah Dalam Diri

Cara Mengamalkan Surah Al-Fatihah Dalam Diri

Surah Al-Fatihah adalah merupakan salah satu surah yang sentiasa dibaca di awal pembukaan bagi apa sahaja aktiviti atau majlis yang di adakan.

Oleh yang demikian, berikut dikongsikan adalah cara mengamalkan surah Al-Fatihah dalam diri agar lebih mantap, yang mana dipetik daripada hebaan rakan - rakan menerusi aplikasi whatsapp, untuk pengetahuan ilmu bersama, antaranya:

  • Memberi ucapan salam pada diri sendiri
  • Panggil nama penuh diri sendiri dengan penuh lembut sebanyak 3 kali
  • Sentuh dada kiri, bahagian jantung, sambil mengucapkan Alhamdulillah
  • Kemudian katakanlah pada diri sendiri. Sebagai contoh: Ya Allah, aku hadiahkan surah al-fatihah kepada diriki sebagai pelindung, pemberi kesihatan kepada tubuh badanku, roh nyawaku, lindungilah diriku dari sebarang kejahatan dan kurniakanlah diriku rezeki yang halal lagi diberkati.
  • Kemudiannya bacalah surah al-fatiha dengan nada perlahan dan bacaan yang tepat.




Justeru daripada ini tingkatkanlah hafalan khususnya surah - surah yang terdapat kitab suci Al-Quran agar bacaan menjadi lancar dan baik.

Semoga para sahabat yang sentiasa membaca dan mengamalkan surah Al-Fatihah setiap hari akan mendapat perlindungan dan keberkatan dari Allah swt. Aaminn ya rabbal alaminn.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian