Ciri - ciri Sahabat Yang Baik

Ciri - ciri Sahabat Yang Baik

Manusia diciptakan di muka bumi dengan pelbagai - bagai keturunan, agar mereka dapat kenal mengenali antara satu sama lain dengan melakukan perkara - perkara kebaikan.

Justeru daripada itu, manusia semuanya adalah sama, namun dua faktor yang menjadikannya bersifat baik atau tidak, iaitu hawa nafsu dan hasutan luar iaitu syaitan.  Kebijaksanaan akal fikiran pastinya menjadikan seseorang mampu menaakul sesuatu perkara dengan baik. 

Demikian jugalah berkenaan pergaulan. dimana adalah amat penting agar berkawan dengan insan yang membawa ke arah kebaikan. Mari kita senaraikan ciri - ciri sahabat yang baik, antaranya;

Ciri - ciri sahabat yang baik. 
  • Tidak melihat atau memandang keburukan dan kekurangan 
  • Setiasa senang dan mesra ketika berbual
  • Tidak sensitif atau makan hati dengan bersifat huru hara
  • Tidak mendengki atau memburuk - burukkan
  • Setiasa prihatin dan membantu jika berkelapangan dan berkemampuan jika mengalami kesusahan
  • Memberi dorogan dan semangat dalam curahan pandangan atau buah fikiran yang bersifat membina
  • Mengajak ke arah kebaikan, khususnya keagamaan
  • Tidak mengaibkan
  • Tidak ego dan menyombong diri dalam apa juga perkara
  • Sentiasa mengenang jasa atau hati budi dengan baik
  • Memberi nasihat dan teguran membina jika perkara dilakukan membawa kebinasaan



Lazimnya banyak lagi ciri - ciri sahabat yang baik yang boleh di nilai melalui tingkah lakunya dan percakapannya. 

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian