Diy PapanTerbuang

Diy PapanTerbuang

Bahan terbuang jika dimanfaatkan pastinya boleh digunakan untuk sesuatu perkara mengikut kepakaran dan kemahiran sendiri. 

Diy papan terbuang, dimana ia boleh digunakan untuk membuat meja bagi kegunaan di rumah. Langkah pertama, ialah pastikan keadaan khususnya kualiti papan yang terbuang boleh digunakan, papan tidak rebut dan amat mudah untuk di gergaji serta di paku.

Sediakan pekakas yang diperlukan, seperti papan terpakai, gergaji, tukul, sesiku, skrue driver, paku, dan parang pemotong. 


Ukur papan terpakai dengan menggunakan sesiku, agar lurus bagi memudahkan proses gergaji mengikut saiz yang dikehendaki. Gerjagi haruslah dilakukan dengan perlahan dan teliti bagi mengelakkan sebarang kederaan yang tidak diingini. Potong bahagian papan, dengan membentu bahagian tiang terlebih dahulu.

Lantaran daripada itu, potong pula papan bagi menyediakan lantainya, mengikut saiz serta panjang meja yang diperlukan. Bentuk rangka kaki deperti segiempat dan lekatkan antara satu sama lain dengan menggunakan paku. Lakukan perkara sama, untuk bahagian kiri kan kanan. Setelah itu, pasangkan lantainya dengan teliti bagi membentuk meja.


Setelah proses selesai, bentuk meja akan dapat dihasilkan seperti pada gambarajah di atas. Meja dapat digunakan untuk meletakkan pelbagai barangan dapur. 

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Belanjawan Negara