Zaman teknologi sangat memudahkan kepasa semua golongang masyarakat, khususnya mereka yang minat dan mahir dalam selok belok sistem atau dalam erti kata lain, sistem teknologi maklumat. Kepakaran terhadap penggunaan sistem samaada melalui telefon bimbit, komputer riba atau komputer meja (PC) banyak memberi kebaikan khususnya terhadap perniagaan online.
Hari ini, ramai, masyarakat yang bijak pandai terhadap penggunaan sistem untuk melebarkan perniagaan masing - masing se serantau kawasan. Keuntungan bukan sahaja berlipat ganda, malahan transaksi dapat dilakukan secara cepat dan berkesan.
Selain daripada itu, melalui perniagaan online, seseorang peniaga dapat mengeratkan ikatan silaturrahim dengan pelbagai pelanggan, dan dalam masa sama ia mudah untuk mengikat pelanggan tetap dari masa ke semasa. Hebahan maklumat menerusi online dapat dilaksanakan melalui pelbagai modium, antaranya, sms, applikasi whatsapp, facebook, yourtube, tiktok, instagram dan macam - macam lagi.
Kebaikan perniagaan online juga dapat dinikmati dengan kos yang minima atau zero kos, kerana perniagaan hanya dilakukan di rumah sahaja, tanpa sebarang pembayaran sewa tapak bulanan. Perniagaan online juga, hanya memerlukan sedikit kos perbelanjaan, yang mana meliputi, kos kiriman barang, petrok kenderaan untuk penghantaran dan lain - lain.
Umumnya, perniagaan online di rumah khususnya akan meningkatkan pendapatan ekonomi sesebuah isi rumah secara berlipat ganda.
0 Comments