Langit Merah Dan Mempersona

Langit Merah Dan Mempersona

Langit merah akan kelihatan apabila tibanya waktu senja, matahari akan terbenam menandakan waktu malam akan menjelang, langit merah dan mempersona seperti ada hikmah yang tersirat, namun tidak diketahui tentangnya. Dalam pada itu, lihatlah kekuasaan Allah SWT yang tidak ada tolok bandingnya terhadap sesuatu perkara yang ada dimuka bumi. Gambar di bawah dikongsikan, yang diambil semasa pemanduan di jalan utama menujuk ke pusat bandar, keadaan langit menunjukkan jelas berwarna merah seperti bara api jelas kelihatan dengan begitu indah, menyinari alam semester. 


Fenomena seumpama ini bukannya perkara biasa, ia sentiasa kelihatan apabila matahari terbenam, pemandangan indah dan mempersona sememangnya menyegarkan mata memandang serta hati rasa bersyukur ke atas nikmat kurniaan Ilahi yang tidak terduga.

Lantaran daripada itu juga, janganlah kita lalai dengan perkara - perkara yang ada di dunia sehinggakan lupa akan hikmah atau petunjuk yang ditunjukkan kepada kita semua akan kebesaran Ilahi agar kita sentiasa patuh dan tidak lupa akan tujuan manusia di ciptakan di muka bumi adalah untuk beribadah dengan melakukan perkara - perkara yang di suruh dan menjauhi atau jangan melakukan perkara - perkara yang dilarang. Semoga kita sentiasa mendapat keberkata Ilahi dan dilindungi dalam apa juga perkara yang dilakukan. 

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian