Lapan Kawasan Di Tawau Dilaksanakan PKPD

Lapan Kawasan Di Tawau Dilaksanakan PKPD

Berdasarkan pada gambarajah yang dipetik daripada laman muka buku milik Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) memaparkan bahawa lapan lokaliti di Daerah Tawau, Sabah dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula pada 12 April sehingga 25 April 2021. Antara kawasan yang terlibat adalah, Taman Sri Bukit Tawau, Taman Cahaya, Jalan Tengku Osman, Kuaters Bomba Tawau, Bandar Sri Indah, Jalan Mesra, Kampung Titingan dan Taman Golden Hill.

sumber : laman muka buku (mindef)


Perlaksanakan PKPD ini, diharap isu pendemik Covid -19 yang melanda dapat diputuskan dengan jayanya agar masyarakat dapat melakukan aktiviti seharian dengan baik dan sempurna. Marilah kita tingkatkan kepekaan kita bersama dengan mematuhi peraturan yang ditetapkan, dan dalam masa sama kita dapat melindungi diri kita serta orang lain. 

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Maulana Tersohor Di Dunia