Tahun ini masyarakat menarik nafas lega apabila perlaksanaan iaitu operasi bazar ramadhan dan aidilfitri di benarkan oleh pihak berkuasa. Dalam pada itu, perlaksanaanya haruslah mengikut perauran - peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa, agar wabak pendamik dapat dikawal dengan lebih berkesan.
Justeru daripada itu, waktu operasi dan konsep jualan bazar ramadhan adalah pada jam 3.00 petang sehingga 8.00 malam, makanan yang di jual adalah bentuk makanan dan minuman sahaja. Sementara itu bazar aidilfitri dibenarkan beroperasi dari jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah malam dengan menjual barangan kering sahaja.
Dalam masa sama, saudara dan saudari boleh melihat dan membaca maklumat terperinci pada gambarajah di bawah yang dimiliki oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dikongsikan untuk panduan bersama
Etika pemakaian kepada pelesen dan pembantu atau pekerja, antaranya :
- Memakai pas khas yang dibekalkan oleh penganjur
- Diwajibkan memakai pelitup muka
- Digalakkan memakai face shield
- Digalakkan memakai sarung tangan pakai buang plastik
- Diwajibkan memakai apron pakai buang plastik (Bazar Ramadhan)
Marilah kita patuhi bersama, dan sekiranya maklumat ini penuh bermanfaat, sila hebahkan juga kepada rakan - rakan yang lain agar mereka juga bersama - sama kita dalam mengekang penularan wabak berjangkit ini.
0 Comments