Panorama bukit kokol sememangnya tidak dinafikan lagi dengan pemandangannya di waktu pagi dan senja yang sangat indah dan memukau mata memandang. Kedudukannya di paras tinggi, pengunjung dapat melihat pemandangan di paras bawahnya.
Di bukit kokol, pengunjung boleh menikmati santai serta melakukan aktiviti riadah bersama keluarga atau sahabat handai. Di sana juga, pengunjung bukan sahaja dapat menikmati panorama indah, malahan juga dapat menenangkan akal hati dan fikiran, tatkala kesibukan bekerja di kota.
Lihatlah panorama pada gambarajah yang dipetik daripada pemilik aplikasi whatsapp (group kampung) dibawah bagaimana keadaan di salah sebuah kampung di bukit kokol yang sangat memukau apabila tiba waktu senja.
Kunjungilah bukit kokol, untuk aktiviti jalan - jalan sambil menikmati penorama di sekitarnya. Lokasinya yang tidak jauh dan strategik terpinggir dari kesibukan kota. Di bukit kokol juga terdapat tempat untuk menginap, iaitu Kokol Haven yang mana menyediakan penginapan serta juadah yang selesa.
0 Comments