Panorama Masjid Al-Falah Kepayan

Panorama Masjid Al-Falah Kepayan

Masjid Al-Falah merupakan salah satu Masjid yang terletak di atas bukit dalam lingkungan pekan Kepayan. Masjid ini sangat menarik, dengan kedudukannya yang strategik di atas bukit sambil dapat melihat pemandangan indah kawasan Kepayan, Luyang dan Penampang.

Panorama Masjid Al-Falah Kepayan, sangat mengamit pandangan mata dengan bentuk senibinanya yang menarik, di tambah lagi dengan pandangan luar yang mempersona. Kawasan luar Masjid juga sangatlah bersih, manakala di bahagian dalam Masjid tersangat bersih, dengan kemudahan ruang solat yang selesa dan berlapik sejadah serta dilengkapi dengan keselesaan penghawa dingin.

pandangan Masjid Al-Falah Kepayan dari arah hadapan 


Selain daripada itu, Masjid Al-Falah Kepayan juga menyediakan kemudahan asas seperti, tandas, ruangan berwuduk lelaki perempuan, ruang legar makan, ruang solat yang selesa, parking kenderaan, dan lain - lain lagi. Dalam pada itu, jemaah boleh bersantai di kawasan luar iaitu persekitaran Masjid dengan menikmati panorama Masjid serta panorama luar yang sangat mempersona. 

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Maulana Tersohor Di Dunia