Kesesakan lalulintas yang sering di alami sebelum ini khususnya ke laluan dari Likas ke Kingfisher serta One Borneo dan sebaliknya sangat - sangat memenatkan, apatalagi jika kenderaan dipandu adalah gear manual.
Lantaran daripada itu, pembinaan flyover menuju ke Kingfisher yang tidak lama lagi siap, pastinya menarik nafas lega kepada semua para pemandu, kerana pemanduan dapat dilakukan dengan singkat, lancar dan selamat.
pandangan flyover Kingfisher dari arah hadapanjalan raya utama |
Pembinaan flyover Kingfisher yang menghubungkan laluan utama, semestinya merupakan salah satu pembinaan flyover yang strategik dan menyelesaikan kesesakan lalu lintas. Dalam masa sama, dengan terbinanya kemudahan asas yang baik, marilah kita sentiasa meningkatkan tahap pemanduan kita dengan lebih baik, cekap dengan sentiasa mengikuti serta mematuhi peraturan - peraturan jalan raya, agar terelak dari sebarang musibah.
0 Comments