Perniagaan adalah salah satu punca pencarian rezeki yang terbesar benbanding dengan makan gaji atau erti kata bekerja dengan orang lain dan menerima kadar upah yang ditentukan. Bebanan kerja yang di lakukan ada kalanya kurang atau lebih dan tidak setimpal dengan upah yang diterima.
Lantaran daripada itu, dengan berniaga samaada secara kecil atau besar - besaran, ia sedikit sebanyak menyumbang terus kepada akaun ekonomi pendapatan sendiri dan juga keluarga. Pendapatan akan bertambah setiap hari, namun bergantung pada pasaran.
Lazimnya, terdapat banyak petua yang boleh digunakan dan dipraktikan dalam memastikan perniagaan yang dilakukan berjaya di pasaran. Antara petua berjaya dalam perniagaan, iaitu;
- Berniaga secara positif dalam semua perkara, seperti bersifat amanah, rajin, ikhlas, integriti dan sentiasa berusaha untuk cemerlang
- Melakukan amalan - amalan kebaikan seperti meningkatkan pendirian dalam melakukan solat, bersedekah
- Setiasa meningkatkan ilmu pengetahuan dalam perniagaan yang dilakukan, dengan berguru, memperbanyakkan membaca, membuat kajian dan merekod data atau maklumat yang telah dilakukan
- Berusaha untuk sentiasa maju, tidak merasakan diri lemah dan give-up jika mengalami atau berhadapan dengan cabaran. Menjadikan setiap dugaan atau halangan yang muncul sebagai kekuatan untuk berjaya
- Mempelbagaikan konsep perniagaan dan meluaskan rangkaian pasaran dengan menggunakan saluran media elektronik dan media bukan elektronik
- Memanfaatkan masa dengan baik dengan perkara - perkara yang membawa kebaikan dan kemajuan
0 Comments