Tindakan Ketika Berada Dalam Kesesakan Lalu Lintas Semasa Bulan Ramadan

Tindakan Ketika Berada Dalam Kesesakan Lalu Lintas Semasa Bulan Ramadan

Kesesekan lalu lintas memang tidak dapat di elakkan apabila hampir menjelang waktu berbuka puasa. Orang ramai, khususnya yang beragama islam akan pulang awal dari tempat bekerja bagi menyediakan juadah berbuka puasa bersama keluarga. 

Justeru daripada itu, kesesakan lalu lintas pasti akan dihadapi ekoran bilangan kenderaan yang banyak dan para pekerja yang pulang secara serentak. Tindakan bijak haruslah dilakukan dengan sentiasa berhati - hati semasa memandu di jalan raya. Apakah tindakan ketika berada dalam kesesakan lalu lintas pada bulan ramadan, antaranya iaitu; 


  • Elakkan memandu terlalu perlahan di lorong laju
  • Jangan sesekali berbain telefon bimbit ketika hentak memandu
  • Perut yang lapar dan dahaga, pastinya lemas dan mengantuk, oleh itu pastikan diri anda cergas dan tidak rasa mengantuk semasa memandu
  • Elakkan memandu secara melulu atau tergesa - gesa
  • Pasangkan radio sambil mendengar dendangan lagu apabila berhadapan dengan situasi trafik jem, perkara ini amat baik bagi mengurangkan tekanan
  • Gunakan aplikasi pengesan lalulintas seperti waze dan google map untuk mengesan laluan yanag mana mengalami kesesakan atau tidak, agar pemanduan berjalan dengan lancar

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian