Tingkatkan Pengetahuan Tentang Cinta

Tingkatkan Pengetahuan Tentang Cinta

Cinta adalah salah satu perkataan yang diungkapkan samada oleh lelaki atau perempuan. Cinta akan wujud apabila perkenalan terjadi antara seorang lelai dengan seorang perempuan. Perkara sedemikian akan lebih menebal atau terjalin apabila saling berhubung antara satu sama lain, dan masing - masing mengambil tahu atau berat dalam pelbagai aspek.



Perasaan cinta sudah pasti pernah dirasai oleh semua manusia, tidak kiralah cinta kepada kekasih, cinta kepada keluarga, cinta kepada haiwan, cinta kepada tumbuhan dan yang teramat baik adalah cinta kepada sang pencipta (ILAHI).

Seperti yang sedia maklum, cinta terhadap ILAHI adalah yang mulia dan membari banyak manfaat kebaikan, bukan sahaja dari kesihatan anggota badan, malahan rezeki melimpa ruanh tanpa diduga darimana sumbernya. Dalam pada itu juga, ketebalan cinta kepada Ilahi akan membuatkan diri rasa bersyukur dan tenang dalam meneruskan kehidupan dimuka bumi.

Lazimnya, perasaan cinta adalah halus yang mana tidak kelihatan dengan mata kasar, oleh itu gunakanlah akal dan fikiran dan tingkatkan pengetahuan tentang cinta khususnya dalam aspek menggunakan cinta agar hasil yang diperolehi daripada mencintai sesuatu akan membawa kepada manfaat kebaikan yang baik secara bersama. 

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian