Sahur sememangnya agak sukar dilakukan kepada mereka yang tidak melaksanakannya secara bersungguh - sungguh. Penat dan letih, adakalanya menyukarkan atau terasa malas untuk bangun di awal subuh untuk bersahur.
gambar sekadar ilustrasi |
Oleh yang demikian, terdapat beberapa cara atau tip bangun sahur yang boleh dipraktikan setiap hari walaupun bukan hanya di bulan ramadhan, antaranya;
- Niat dalam hari untuk bangun sahur dan berpuasa di bulan ramadhan.
- Tetapkan alarm jam atau telefon bimbit untuk bangun sahur sebelum masuk waktu solat subuh
- Elakkan di siang hari, untuk melakukan kerja - kerja yang lasak, bagi mengelakkan anggota badan terasa terlampau kepenatan dan keletihan
- Tetapkan masa yang seimbang dalam melayani media sosial, seperti menonton telivisyen, bermain telefon bimbit, melayari komputer dan lain - lain lagi. Waktu yang terbaik untuk tidur adalah lingkungan jam 9.00 hingga 10.00 malam
- Elakkan berbual atau melepak bersama rakan - rakan selepas solat sunnat terawih di warung kopi sehingga lewat malam
- Tingkatkan amal ibadah sepanjang bulan ramadhan
Lanjutan daripada itu, pelajari juga petua untuk tidur awal yang mana membawa banyak kebaikan khususnya kepada kesihatan anggota badan, rohani dan jasmani.
0 Comments