Anggota Bomba Direnjat Elektrik Semasa Memadam Kebakaran Di Meruntum

Anggota Bomba Direnjat Elektrik Semasa Memadam Kebakaran Di Meruntum

Semalam, 15 Mei 2021, satu kejadian kebakaran berlaku di kampung Meruntum lewat petang kira - kira jam 5.00 petang. Dianggarkan hampir tiga puluh buah rumah musnah terbakar.

Menurut sumber media tempatan Sabah Post pada muka halamannya, tiga orang anggota bomba direnjat elektrik dalam kebakaran di kampung berkenaan. 




Tiga anggota bomba direnjat elektrik ketika menyertai operasi memadam kebakaran membabitkan kira-kira 30 rumah di Kampung Meruntum, Lok Kawi, Putatan, dekat sini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Md Ali Ismail berkata, tiga anggota dari Balai Bomba Kota Kinabalu itu berada bawah pemerhatian, tetapi dalam keadaan stabil di hospital. Maklumat lanjut boleh layari Sumber : Sabah Post

Terdahulu ikuti kejadian semalam yang mana Kejadian Rumah Terbakar Di Kampung Meruntum yang tular di media sosial applikasi whatsapp, untuk pengetahuan bersama.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian