Banyakkan Berbicara Menggunakan Kata - kata Positif

Banyakkan Berbicara Menggunakan Kata - kata Positif

Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Pernahkah kita mendengar kata - kata pepatah berkenaan. mulut adalah senjata halus yang boleh menyumbang kepada perengkertaan atau pergaduhan sesama insan.

Oleh yang demikian, latih diri agar sentiasa mengeluarkan kata - kata yang positif agar minda dan hati sentiasa terdidik dengan perkara - perkara yang kebaikan. Antara kata - kata positif, iaitu;

  • Apa khabar, harap saudara atau saudari berada dalam sihat sahaja
  • Tolong beri kerjasama dalam perkara ini, agar perkara ini dapat kita selesaikan secara bersama dengan mudah
  • Mohon bantuan untuk serahkan barang ini kepada rakan anda yang bernama En. Maulana Bin Maulani
  • Boleh tolong ke tepi sedikit, kerana saya tidak dapat lalu, laluan ini sangat sempit
  • Kerusi ini tidak berpunya, atau tidak ada orang duduk, boleh saya ambil dan gunakan
  • Semoga urusan saudara atau saudari dipermudahkan

gambar sekadar hiasan


Lantaran daripada itu, hakikatnya terdapat banyak lagi kata - kata positif yang boleh diluahkan ketika berbicara dengan seseorang, walau dimana sahaja berada. Oleh itu tingkatkanlah pengetahuan dan dalam masa sama ia adalah salah satu pengubat naluri jiwa dan raga, untuk sentiasa berada dalam kedaan tenang.

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian