Bertindak Dengan Akal Untuk Tingkatkan Kejayaan

Bertindak Dengan Akal Untuk Tingkatkan Kejayaan

Tubuh manusia yang mana mengandungi unsur - unsur akal fikiran, hawa nafsu dan unsur luar iaitu syaitan dan iblis. 

Secara umumnya, manusia tidak lari atau terlepas dari melakukan kesalahan atau kesilapan walaupun hanya sekecil zara. Perbzaan setiap manusia dalam kelangsungan hidup di muka bumi adalah bagaimana ia menggunakan salah satu unsur iaitu akal ataupun nafsu yang ada dalam badannya yang dikurniakan Ilahi dalam melakukan apa juga perkara harian.

Kebanyakaan kelekaan serta pengaruh luar boleh menyebabkan terjerumus ke dalam kealfaan dan membawa kepada melakukan gaya hidup dengan menggunakan nafsu demi memenuhi kepuasan, sehinggakan memberi kesan kepada kebinasaan dan kesengsaraan kehidupan.


gambar sekadar hiasan

Oleh yang demikian, jika di lihat dan di hayati secara mata kasar, adanya akal adalah untuk memudahkan tingkah laku seharian terhadap apa yang dilakukan akan berjalan dengan lancar apabila ianya di taakul dengan fikiran secara baik dan berkesan, akan tetapi jika nafsu yang mendahului akal sudah pasti dan berkemungkinan apa sahaja yang dilakukan akan memberikan kesan buruk, bukan sahaja pada hari kejadian malahan hari - hari mendatang.

Justeru daripada itu, gunakanlah akal atau dahulukanlah akal berbanding nafsu dengan tindakan bijak terhadap apa juga perkara yang dilakukan demi kelangsungan kehidupan dimuka bumi. Tambahan daripada itu dan mengambil kira faktor kesihatan, duduklah di paksi positif demi keseimbangan kesihatan dan sentiasa bertindak dengan akal untuk tingkatkan kejayaan, walaupun terdapat kesilapan atau permasaalahan samaada secara sengaja atau tidak sengaja,  apa yang terbaik juga kerapkalah menada tangan dengan berdoa memohon kepada Ilahi agar sentiasa mendapat hidayah serta lindungannya. Semoga maklumat yang tidak sebera ini meningkatkan pengetahuan bersama dalam aspek kehidupan di muka bumi.  

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian