Betulkah Kenal Di Media Sosial Di Anggap Sudah Berkenal

Betulkah Kenal Di Media Sosial Di Anggap Sudah Berkenal

Dunia diginal sememangnya sangat mudah untuk perhubungan dan perkenalan antara satu sama lain, rangkaian yang luas serata duania membuatkan sesi perkenalan di alam maya dapat disebarkan walau dimana sahaja berada. 

Peranti di hujung jari, mampu membuatkan seseorang berkomunikasi atau video call dengan mudah dan dekat antara satu sama lainnya. Bukan itu sahaja, malahan dengan gelombang maya, ikatan silaturrahim dapat dieratkan walaupun jarak pemisah menjadi halangan.

Justeru daripada itu, tanggapan orang adalah berbeza - beza khususnya dalam sesi kenal mengenali antara satu sama lain. Oleh itu sangkaan betulkan kenal di media sosial adalah di anggap sudah berkenal adalah menjadi bualan di mulut serta takaakulan akal fikiran.Namun demikian, erti berkenal adalah merangkumi bersemuka antara satu sama lain, berbicara secara bersemuka serta fizikal adalah antara yang terkandung dalam erti berkenalan. Lazimnya dengan bersemuka, ia dianggap adalah perkenalan sempurna dan dalam masa sama dapat bertegur sama serta mengeratkan ikatan silaturahim antara satu sama lain. 


gambar sekadar hiasan


Walaupun demikian, tanggapan serta tindakan berhati - hati juga menjadi faktor utama dalam berkenal khususnya di laman sosial. Seperti yang difaham, zaman teknologi walaupun mudah namun adakalanya membawa kecelakaan tanpa diduga. Sifat dan tindakan waspada serta selidik dalam mengenali seseorang di laman media sosial, apatalagi ingin berjumpa adalah amat penting bagi mengelakkan sebarang musiabh. 

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian