Cara Selesaikan Masalah Dengan Berkesan

Cara Selesaikan Masalah Dengan Berkesan

Masalah adalah salah satu perkara subjektif yang pastinya di hadapi oleh semua mereka yang bernama manusia di muka bumi ini. Masalah yang dihadapi tidak kira, besar atau kecil, rumit atau udah. Namun demikian, percaya dan yakinlah setiap masalah yang dihadapi pasti ada jalan penyelesaiannya dengan baik. 

gambar sekadar hiasan


Seperti yang sedia maklum, masalah yang diahadapi adakalanya dapat diselesaikan dengan mudah dan hanya memerlukan masa yang singkat dan ada pula yang sebaliknya. Justeru itu, dikongsikan beberapa cara yang boleh digunapakai untuk menyelesaikan masalah dengan cekap dan berkesan, antaranya;

  • Kenal pasti punca dan sebab masalah agar mengetahui dari mana datangnya
  • Senaraikan sebab dan penyebab masalah berlaku, jika boleh buat kajian ringkat apa dan kenapa
  • Gunakan kaedah POLC (Planning, Organizing, Leading dan Controlling) untuk mengatasi masalah
  • Antara kaedah berkenaan, pilih yang bertepatan dengan masalah agar mudah diselesaikan
  • Rujuk kepada orang ketiga yang terdekat dan boleh dipercayai untuk mendapatkan buah fikiran tambahan
  • Lakukan tindakan sewajarnya jika sudah mendapat maklumat dan jalan penyelesaian terbaik
  • Buat justifikasi sebagai rekod agar perkara sedemikian diketahui dan tidak akan berulang.

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian